Saturday 28 April 2012

Lawatan daripada Murid-murid SK Kota Marudu II

Pada 20 April bersamaan Jumaat yang lepas, Pusat Sumber Sekolah telah menerima lawatan daripada murid-murid Tahun Enam SK Kota Marudu II dengan diiringi beberapa orang guru dari sekolah berkenaan. Murid-murid terutamanya berpeluang untuk mengamati dan melihat sudut-sudut yang terdapat di dalam PSS. Kunjungan daripada murid-murid dan guru-guru SK Kota Marudu II amat dihargai dan diharapkan kolaborasi antara kedua-dua sekolah dapat dipertingkatkan lagi.




Ruang Perpustakaan: Guru dan murid-murid SK Kota Marudu II sedang mengamati bahan pamer di Pusat Sumber Sekolah


Ketua Pengawas PSS (Edwin Jamal) sedang memberikan penerangan mengenai pameran yang terdapat di PSS sekolah.



Bilik Media: Guru dan murid-murid SK Kota Marudu II sedang mengamati bahan pamer yang terdapat di bilik berkenaan







 Guru Penolong Kanan SK Kota Marudu II sedang memberikan taklimat kepada murid-murid


Gambar bersama guru-guru yang hadir: Cikgu Syamsiah (Guru PSS SK Kota Marudu II - Kedudukan kedua dari kiri)



Diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada murid-murid khasnya, dan kepada kedua-dua sekolah amnya. Terima kasih atas kesudian mengunjungi PSS SMK Kota Marudu II dan unit pengurusan bagi pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan sekolah jiran ini (^___^). 

Saturday 14 April 2012

Program "Mini Perpustakaan dan Sudut Bacaan Kelas"

Tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya membangunkan sudut bacaan dan mini perpustakaan dalam bilik masing-masing. Teruskan usaha anda!


Kelas 3 KRK




Kelas 3A



 



Kelas 5A

Model P&P yang menarik




Kelas 3B




Kelas Pra-U 1









Kelas 2KRK
 






Kelas 4E
 




Gambar-gambar di atas merupakan sebahagian daripada sudut yang dibangunkan. Sudut-sudut kelas yang terlibat akan dimuat naik dari semasa ke semasa. 

Saturday 7 April 2012

Program "Satu Guru, Satu Buku, Satu BBM"

Program Menderma Buku dibuka bermula April hingga Mei 2012! Unit pengurusan PSS mengalu-alukan guru-guru untuk menderma buku dan bahan P&P untuk manfaat warga sekolah! 

Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan! Sama-samalah kita meningkatkan kecemerlangan sekolah amnya, dan Pusat Sumber Sekolah khasnya!

Aktiviti Galakan Membaca - April 2012


Terdapat beberapa aktiviti Galakan Membaca yang dilaksanakan baru-baru ini:

1. Minggu NILAM
Program berupa bacathon ini dijalankan selama seminggu bermula 26 Mac hingga 30 Mac 2012. Setiap kelas yang mengikuti program NILAM diagihkan jadual penggiliran untuk memasuki Pusat Sumber Sekolah dengan diiringi guru, dan dikehendaki membaca serta merekod buku yang dibaca dalam buku NILAM masing-masing.

2. Pertandingan Sudut Bacaan Kelas dan Mini Perpustakaan
Semua kelas dikehendaki menambah baik dan mewujudkan mini perpustakaan dalam kelas masing-masing sebagai syarat untuk menyertai pertandingan ini. Program ini diwajibkan untuk semua tingkatan tanpa mengira tahap. Program ini bermula 26 Mac 2012 dan diteruskan sehingga 09 April 2012 untuk memberi peluang kepada kelas-kelas yang terlibat agar menghias dan memenuhkan informasi yang bermanfaat dalam sudut yang dibangunkan dengan sebaik mungkin. Pemantauan untuk tujuan pemarkahan dijalankan pada 09 April 2012.


Info Penting!
Pengikhtirafan atau penghargaan kepada pelajar dan kelas yang paling banyak mengutip jumlah bacaan buku serta pemenang untuk Pertandingan Sudut Bacaan Kelas dan Mini Perpustakaan, akan diberikan pada 16 April 2012 iaitu sempena pelancaran Minggu PSS 2012.
Selamat Berjaya!