Saturday 28 April 2012

Lawatan daripada Murid-murid SK Kota Marudu II

Pada 20 April bersamaan Jumaat yang lepas, Pusat Sumber Sekolah telah menerima lawatan daripada murid-murid Tahun Enam SK Kota Marudu II dengan diiringi beberapa orang guru dari sekolah berkenaan. Murid-murid terutamanya berpeluang untuk mengamati dan melihat sudut-sudut yang terdapat di dalam PSS. Kunjungan daripada murid-murid dan guru-guru SK Kota Marudu II amat dihargai dan diharapkan kolaborasi antara kedua-dua sekolah dapat dipertingkatkan lagi.




Ruang Perpustakaan: Guru dan murid-murid SK Kota Marudu II sedang mengamati bahan pamer di Pusat Sumber Sekolah


Ketua Pengawas PSS (Edwin Jamal) sedang memberikan penerangan mengenai pameran yang terdapat di PSS sekolah.



Bilik Media: Guru dan murid-murid SK Kota Marudu II sedang mengamati bahan pamer yang terdapat di bilik berkenaan







 Guru Penolong Kanan SK Kota Marudu II sedang memberikan taklimat kepada murid-murid


Gambar bersama guru-guru yang hadir: Cikgu Syamsiah (Guru PSS SK Kota Marudu II - Kedudukan kedua dari kiri)



Diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada murid-murid khasnya, dan kepada kedua-dua sekolah amnya. Terima kasih atas kesudian mengunjungi PSS SMK Kota Marudu II dan unit pengurusan bagi pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan sekolah jiran ini (^___^). 

No comments:

Post a Comment