Sunday 13 November 2011

SPM Bermula!!!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Selamat menduduki peperiksaan SPM
khususnya buat semua pelajar Tingkatan 5
SMK Kota Marudu II 


"Sentiasa di hadapan"

Tuesday 8 November 2011

Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1Malaysia

Program Motivasi: Galakan Membaca
Sasaran: Pelajar Tingkatan 1KRK, 2KRK dan 1A (38 orang)
Penceramah jemputan: Pn Silvia (Guru kaunseling)









Pertandingan Spell it Right
Bilangan Peserta: 16 orang
Master Speller: Cik Yamuna (Guru bahasa Inggeris)
Hakim: Guru-guru PSS (Merangkap guru bahasa Inggeris)
Pn Noreen Doasa (Ketua)
Pn Linda Tiong Fei Fei
Cik Voon Chen Li
Cik Haslin (Jemputan)




Sebahagian peserta yang masih bertahan dan bersaing antara satu sama lain




Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga kerjasama dan komitmen semua pihak dapat diteruskan dan dimantapkan lagi dalam program-program yang mendatang.



Para pengawas selaku jawatankuasa pelaksana

Gambar aktiviti Mengeja Bahasa Melayu akan dimuat naik kelak.

Gambar-gambar aktiviti Read2011

Pada 2 November 2011 (Rabu), program Read2011 dilaksanakan dengan lancar. Program ini merupakan aktiviti membaca beramai-ramai yang dijalankan selama 2,011 saat atau 33.5 minit bermula 9.30 pagi hingga 10.03 pagi. Karnival Sukan yang sedang berlangsung bukan penghalang kepada para peserta untuk mencipta rekod membaca beramai-ramai dalam masa yang ditetapkan. Cuaca yang redup menyebabkan lokasi pembacaan dijalankan di tapak perhimpunan dan sebanyak 138 orang pelajar telah menyertai program ini dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan.



Persiapan sebelum program berjalan

9.00 pagi: Pelajar yang terlibat berkumpul di tapak perhimpunan


Pengawas PSS mengedarkan bahan bacaan kepada peserta yang terlibat



Beberapa minit sebelum program berjalan: Para peserta sedang membelek dan mengamati bahan bacaan masing-masing




Semasa Program Berjalan




Guru-guru PSS yang turut hadir dalam menjayakan dan memantau pelaksanaan program






Syabas dan tahniah kepada para peserta. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak  yang bekerjasama dalam menjayakan program Read2011.

"Pembacaan Pemangkin 1Malaysia"

Kem Membaca 1Malaysia dan Read2011

Pada 1- 4 November yang lepas, Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) dilaksanakan dengan lancar.  KM1M kali ini membawa tema "Pembacaan Pemangkin 1Malaysia" dan objektif utama program adalah untuk mengisi masa lapang pelajar selepas peperiksaan di samping menggerakkan program atau aktiviti galakan membaca. Berikut merupakan jadual pelaksanaan program KM1M sepanjang minggu yang lepas:




Jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana, guru-guru dan semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut. Jumpa lagi dalam Kem Membaca 1Malaysia pada tahun hadapan.

Program Apresiasi Merdeka Part 2

MIni Galeri Merdeka/Pameran Kemerdekaan bertempat di Sanggar Ilmu I


Beberapa lukisan dan model rekaan pelajar dipamerkan 


Kad Gergasi Merdeka yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar kelas 2KRK


Informasi mengenai kebudayaan dan warisan turut menjadi tarikan


Jejak-jejak Merdeka: Deretan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan delegasi ketika berada di London dan detik-detik ketika hari pengisytiharan kemerdekaan dilancarkan


Reka cipta pengawas PSS sesi 2011/2012


Reka cipta pengawas PSS sesi 2011/2012


Pertandingan Kuiz Bermaklumat; Pelajar menengah atas


Cik Sanita Bulhani,  salah seorang guru PSS memantau gerak kerja 
Jawatankuasa Pelaksana (Pengawas PSS)

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelajar. 

Sunday 4 September 2011

Program Apresiasi Merdeka


Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Unit Pengurusan PSS dengan kerjasama pengawas PSS menjalankan beberapa aktiviti di bawah program Apresiasi Merdeka.
Antaranya aktiviti mencipta Kad Gergasi Merdeka, permainan silang kata dan sodoku, pertandingan Kuiz Bermaklumat dan seterusnya aktiviti kemuncak iaitu Mini Galeri Merdeka atau pameran kemerdekaan, yang akan dijalankan selama hampir seminggu dengan kerjasama Panitia Sejarah SMK Kota Marudu II.

Semoga usaha dan kerjasama semua pihak akan meningkatkan lagi penghayatan pelajar khususnya, mengenai perjalanan kemerdekaan di negara berdaulat ini. 

Berikut merupakan jadual pelaksanaan Program Apresiasi Merdeka sesi 2011




Thursday 11 August 2011

Minggu Orientasi Pengawas PSS 2011

Pada 02 hingga 05 Ogos yang lalu, Minggu Orientasi Pengawas PSS yang baharu
 telah dijalankan dengan lancar. Pengawas didedahkan dengan proses teknik bahan, kaedah penggunaan alat pandang dengar dan peraturan/pengurusan PSS secara umum. Ahli jawatankuasa kerja guru PSS dan mantan pengawas PSS juga turut hadir dalam menjayakan program tersebut. Semoga program ini mampu memantapkan lagi kefahaman tugas, kepimpinan  serta kredibiliti pengawas PSS sesi 2011/2012.


 Ketua Unit Media yang baharu memberikan tunjuk ajar mengenai kaedah
menggunakan TV Astro kepada kumpulan pengawas


Demostrasi dan kaedah penggunaan TV LCD dan DVD


Ketua Pengawas PSS yang baharu membentangkan peraturan/pengurusan PSS



 Mantan Pegawas PSS 2010 (barisan belakang) turut hadir untuk memberikan sokongan, di samping menyampaikan taklimat dan nasihat penting kepada pengawas baharu



(Gambar di bawah)

Bengkel Proses Tenik Bahan kepada pengawas baharu dan khidmat bantu oleh 
mantan pengawas PSS 









Ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak, terutama kepada guru-guru dan mantan AJK Tertinggi Pengawas Sesi 2010/2011, khususnya kepada mantan Ketua Pengawas, Naib Ketua, Setiausaha dan ketua-ketua unit.

Sunday 7 August 2011

Jadual Astro Tutor TV

Saluran 602 -PMR


Saluran 603 - SPM

Wednesday 20 July 2011

Pengambilan Pengawas Sesi 2011/2012

Baru-baru ini, Unit Pengurusan telah menjalankan sesi temuduga kepada pelajar yang berminat untuk menjadi Pengawas PSS sesi 2011/2012. Seramai 78 orang pelajar telah menghantar borang permohonan, dan sesi temuduga dijalankan selama 4 hari.

Seramai 22 orang pelajar telah dipilih dan terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Rendah, Tingkatan 4, Tingkatan 2 dan Tingkatan 1. Senarai nama penuh pengawas akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. Tahniah kepada pelajar yang berjaya, dan selamat menjalankan tanggungjawab anda!

Friday 27 May 2011

Aktiviti Sepanjang Minggu PSS 2011 Siri 2

Aktiviti Kostum 1Malaysia







Aktiviti Membangunkan Sudut Bacaan Umum Kelas







Ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana bersama-sama menjayakan Minggu PSS SMK Kota Marudu II sesi 2011. Gambar-gambar untuk Aktiviti Treasure Hunt/Jejak Maklumat dan Program Satu Guru Satu Buku belum dapat dipaparkan buat masa ini. Harap maklum. Semoga usaha semua pihak mampu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam pelbagai aspek yang diceburi.