Sunday 31 March 2013

Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2013


Klik pada imej di atas untuk paparan yang lebih besar.


Tuesday 19 March 2013

Pelancaran NILAM 2013


Pelancaran Program NILAM untuk sesi 2013 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Marmoh Bin Kasman, Pengetua Cemerlang SMK Kota Marudu II, pada 06 Februari (Rabu) yang lalu.

Warga pelajar berkumpul di Dewan Perdana untuk sama-sama mengikuti pelancaran program dan majlis bermula pada 2.00 petang dan berakhir pada 2.30 petang. Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa Unit Pengurusan NILAM, SMK Kota Marudu II, yang diselaraskan oleh Puan Zainoorosmalaily Mohd. Noor dan beberapa orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Secara rasminya, program NILAM peringkat sekolah bagi sesi 2013 bermula!

Terokai Ilmu dengan Membaca!

Mantan Pengawas PSS 2012

Gambar: Wajah-wajah Mantan Pengawas PSS Sesi 2012
(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Senarai Mantan Pengawas

Berdiri dari kiri: Rahmania Hery, Sahidatul Aqillah Latif, Daines Johnes, Edwin Jamal (Mantan Ketua Pengawas), Sharif Shikar Sharif Tapah, Arinnie Dalison, Rubitah Madius

Duduk dari kiri: Nurul Nadhirah Hasna, Valentdion Febi Manuil, Kusina Jenai, Liviana Jessy Jilo, Devlizea Banat, Ruth George, Andrea Mokundim, Mohd. Arif Samawi.


Komitmen yang diberikan amat memberangsangkan. Sejuta penghargaan, syabas dan tahniah diucapkan kepada mantan-mantan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Kota Marudu II, Sesi 2012.

Rumusan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah Sepanjang Januari - November 2012

Klik pada imej/gambar untuk paparan yang lebih besar