Tuesday 18 August 2015

Aktiviti Kem Membaca 1Malaysia 2015 Peringkat Sekolah


Aktiviti KM1M pada tahun ini diadakan selama tiga hari dan berjaya dilaksanakan di bawah jawatankuasa yang diketuai oleh guru NILAM, Cik Jumaidah Yusof, selaku Penyelaras Program KM1M 2015. Aktiviti-aktiviti menarik dijalankan sebagai pengisian sepanjang program KM1M berlangsung. Aktiviti utama iaitu READ2015, membaca serentak selama 2015 saat dijalankan di Dewan Perdana dan disertai oleh semua pelajar Tingkatan Satu dan Dua. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada warga pelajar. 




Syabas dan tahniah kepada semua pemenang, peserta dan jawatankuasa KM1M SMK Kota Marudu II, 2015.

"Explore the world through reading"

Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM 2015 Sabah (Adik Lyen Alfiera Marin)


Pada tahun ini, pihak sekolah berjaya menghantar seorang peserta iaitu adik Lyen Alfiera Marin, pelajar kelas 5KRK, yang juga merupakan Tokoh NILAM peringkat sekolah untuk menyertai Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM (Kategori Bahasa Malaysia) Peringkat Daerah bertempat di Pusat Kegiatan Guru, Kota Marudu buat kali pertama. Adik Lyen berjaya mewakili daerah untuk ke pertandingan peringkat bahagian dan seterusnya mara ke pertandingan peringkat negeri yang diadakan pada 9 - 12 Mac 2015 bertempat di SMK Padang Berampah, Sipitang, Sabah. 








 Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri 


(Gambar atas: Aktiviti Suai kenal dan Pertandingan)


(Gambar atas: Aktiviti Jejak Maklumat dan Lawatan)


(Gambar atas: Aktiviti Resensi Buku, Malam Kebudayaan dan Ceramah Motivasi)


(Gambar atas: Aktiviti Penutupan Karnival KM1M 2015)


Syabas dan tahniah kepada adik Lyen Alfiera Marin kerana berjaya mewakili sekolah dan membawa nama daerah ke Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2015. Pihak sekolah juga merakamkan penghargaan atas kejayaan adik Lyen Alfiera, memenangi Anugerah Tokoh NILAM (Kategori Bahasa Malaysia) peringkat Daerah dan Peringkat Zon Utara, serta memenangi Tempat Kedua (Kumpulan Zon Utara) dalam Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Negeri Sabah 2015. Terima kasih atas kerjasama semua unit yang terlibat di peringkat sekolah, kepada Pihak PKG dan PPD Kota Marudu, serta semua jawatankuasa yang terlibat. Semoga kejayaan adik Lyen Alfiera Marin dalam pertandingan ini dapat menyuntik semangat dan memberikan motivasi agar terus membaca khususnya kepada warga pelajar SMK Kota Marudu II. 

.
"Explore the world through reading"