Tuesday 8 November 2011

Gambar-gambar aktiviti Read2011

Pada 2 November 2011 (Rabu), program Read2011 dilaksanakan dengan lancar. Program ini merupakan aktiviti membaca beramai-ramai yang dijalankan selama 2,011 saat atau 33.5 minit bermula 9.30 pagi hingga 10.03 pagi. Karnival Sukan yang sedang berlangsung bukan penghalang kepada para peserta untuk mencipta rekod membaca beramai-ramai dalam masa yang ditetapkan. Cuaca yang redup menyebabkan lokasi pembacaan dijalankan di tapak perhimpunan dan sebanyak 138 orang pelajar telah menyertai program ini dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan.



Persiapan sebelum program berjalan

9.00 pagi: Pelajar yang terlibat berkumpul di tapak perhimpunan


Pengawas PSS mengedarkan bahan bacaan kepada peserta yang terlibat



Beberapa minit sebelum program berjalan: Para peserta sedang membelek dan mengamati bahan bacaan masing-masing




Semasa Program Berjalan




Guru-guru PSS yang turut hadir dalam menjayakan dan memantau pelaksanaan program






Syabas dan tahniah kepada para peserta. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak  yang bekerjasama dalam menjayakan program Read2011.

"Pembacaan Pemangkin 1Malaysia"

No comments:

Post a Comment