Saturday 7 April 2012

Aktiviti Galakan Membaca - April 2012


Terdapat beberapa aktiviti Galakan Membaca yang dilaksanakan baru-baru ini:

1. Minggu NILAM
Program berupa bacathon ini dijalankan selama seminggu bermula 26 Mac hingga 30 Mac 2012. Setiap kelas yang mengikuti program NILAM diagihkan jadual penggiliran untuk memasuki Pusat Sumber Sekolah dengan diiringi guru, dan dikehendaki membaca serta merekod buku yang dibaca dalam buku NILAM masing-masing.

2. Pertandingan Sudut Bacaan Kelas dan Mini Perpustakaan
Semua kelas dikehendaki menambah baik dan mewujudkan mini perpustakaan dalam kelas masing-masing sebagai syarat untuk menyertai pertandingan ini. Program ini diwajibkan untuk semua tingkatan tanpa mengira tahap. Program ini bermula 26 Mac 2012 dan diteruskan sehingga 09 April 2012 untuk memberi peluang kepada kelas-kelas yang terlibat agar menghias dan memenuhkan informasi yang bermanfaat dalam sudut yang dibangunkan dengan sebaik mungkin. Pemantauan untuk tujuan pemarkahan dijalankan pada 09 April 2012.


Info Penting!
Pengikhtirafan atau penghargaan kepada pelajar dan kelas yang paling banyak mengutip jumlah bacaan buku serta pemenang untuk Pertandingan Sudut Bacaan Kelas dan Mini Perpustakaan, akan diberikan pada 16 April 2012 iaitu sempena pelancaran Minggu PSS 2012.
Selamat Berjaya!

No comments:

Post a Comment