Monday 9 May 2016

Pelancaran Program NILAM 2016

Pelancaran Program NILAM pada tahun ini disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, En. Morris Kundapit selaku wakil pentadbir sekolah bertempat di Dewan Perdana, SMK Kota Marudu II. Program ini dijalankan pada 6 April 2016 iaitu semasa perhimpunan rasmi kokurikulum bermula jam 2.00 petang. Dalam masa yang sama, pelaksanaan Pogram Kem Membaca 2016 Peringkat Sekolah turut dilancarkan. Semua pelajar berhimpun bersama-sama dan membaca beramai-ramai sebagai pengisian utama program. Diharapkan pelancaran program ini dapat meningkatkan kesedaran membaca khususnya dalam kalangan pelajar. 








Ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa dan warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Explore the world through reading"


No comments:

Post a Comment