Wednesday, 11 May 2016

Aktiviti Bahasa Sempena KM1M 2016

Pertandingan Teka Silang Kata Bahasa Melayu
Bilik Perpustakaan, PSS SMK Kota Marudu II.







Kuiz Bahasa Inggeris
Bilik Media, PSS SMK Kota Marudu II.





Tahniah kepada semua peserta dan pemenang pertandingan!

Aktiviti Melukis Poster Sempena Kem Membaca 1Malaysia 2016

Aktiviti Melukis Poster
Tema: Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia





Poster Tempat Ketiga: Adik Yzeta Lynn Amanda Daniel

Poster Tempat Kedua: Adik Elnievera Jonney

 Poster Tempat Pertama: Adik Faldo Olong

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang!

Monday, 9 May 2016

Aktiviti Membaca READ 2016

Aktiviti READ2016 pada tahun ini disertai oleh semua pelajar arus perdana iaitu pelajar-pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Sambutan daripada pelajar adalah baik dan masing-masing menunjukkan semangat mereka untuk membaca semasa program dijalankan. Tahniah diucapkan!














Perkongsian amalan membaca oleh adik Helvinah Onos yang juga merupakan Tokoh NILAM Sekolah 2016.


Aktiviti mengulas buku oleh adik Chloe Pajos.

Pelancaran Program NILAM 2016

Pelancaran Program NILAM pada tahun ini disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, En. Morris Kundapit selaku wakil pentadbir sekolah bertempat di Dewan Perdana, SMK Kota Marudu II. Program ini dijalankan pada 6 April 2016 iaitu semasa perhimpunan rasmi kokurikulum bermula jam 2.00 petang. Dalam masa yang sama, pelaksanaan Pogram Kem Membaca 2016 Peringkat Sekolah turut dilancarkan. Semua pelajar berhimpun bersama-sama dan membaca beramai-ramai sebagai pengisian utama program. Diharapkan pelancaran program ini dapat meningkatkan kesedaran membaca khususnya dalam kalangan pelajar. 








Ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa dan warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Explore the world through reading"