Sunday, 13 November 2011

SPM Bermula!!!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Selamat menduduki peperiksaan SPM
khususnya buat semua pelajar Tingkatan 5
SMK Kota Marudu II 


"Sentiasa di hadapan"

Tuesday, 8 November 2011

Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1Malaysia

Program Motivasi: Galakan Membaca
Sasaran: Pelajar Tingkatan 1KRK, 2KRK dan 1A (38 orang)
Penceramah jemputan: Pn Silvia (Guru kaunseling)









Pertandingan Spell it Right
Bilangan Peserta: 16 orang
Master Speller: Cik Yamuna (Guru bahasa Inggeris)
Hakim: Guru-guru PSS (Merangkap guru bahasa Inggeris)
Pn Noreen Doasa (Ketua)
Pn Linda Tiong Fei Fei
Cik Voon Chen Li
Cik Haslin (Jemputan)




Sebahagian peserta yang masih bertahan dan bersaing antara satu sama lain




Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga kerjasama dan komitmen semua pihak dapat diteruskan dan dimantapkan lagi dalam program-program yang mendatang.



Para pengawas selaku jawatankuasa pelaksana

Gambar aktiviti Mengeja Bahasa Melayu akan dimuat naik kelak.

Gambar-gambar aktiviti Read2011

Pada 2 November 2011 (Rabu), program Read2011 dilaksanakan dengan lancar. Program ini merupakan aktiviti membaca beramai-ramai yang dijalankan selama 2,011 saat atau 33.5 minit bermula 9.30 pagi hingga 10.03 pagi. Karnival Sukan yang sedang berlangsung bukan penghalang kepada para peserta untuk mencipta rekod membaca beramai-ramai dalam masa yang ditetapkan. Cuaca yang redup menyebabkan lokasi pembacaan dijalankan di tapak perhimpunan dan sebanyak 138 orang pelajar telah menyertai program ini dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan.



Persiapan sebelum program berjalan

9.00 pagi: Pelajar yang terlibat berkumpul di tapak perhimpunan


Pengawas PSS mengedarkan bahan bacaan kepada peserta yang terlibat



Beberapa minit sebelum program berjalan: Para peserta sedang membelek dan mengamati bahan bacaan masing-masing




Semasa Program Berjalan




Guru-guru PSS yang turut hadir dalam menjayakan dan memantau pelaksanaan program






Syabas dan tahniah kepada para peserta. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak  yang bekerjasama dalam menjayakan program Read2011.

"Pembacaan Pemangkin 1Malaysia"

Kem Membaca 1Malaysia dan Read2011

Pada 1- 4 November yang lepas, Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) dilaksanakan dengan lancar.  KM1M kali ini membawa tema "Pembacaan Pemangkin 1Malaysia" dan objektif utama program adalah untuk mengisi masa lapang pelajar selepas peperiksaan di samping menggerakkan program atau aktiviti galakan membaca. Berikut merupakan jadual pelaksanaan program KM1M sepanjang minggu yang lepas:




Jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana, guru-guru dan semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut. Jumpa lagi dalam Kem Membaca 1Malaysia pada tahun hadapan.

Program Apresiasi Merdeka Part 2

MIni Galeri Merdeka/Pameran Kemerdekaan bertempat di Sanggar Ilmu I


Beberapa lukisan dan model rekaan pelajar dipamerkan 


Kad Gergasi Merdeka yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar kelas 2KRK


Informasi mengenai kebudayaan dan warisan turut menjadi tarikan


Jejak-jejak Merdeka: Deretan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan delegasi ketika berada di London dan detik-detik ketika hari pengisytiharan kemerdekaan dilancarkan


Reka cipta pengawas PSS sesi 2011/2012


Reka cipta pengawas PSS sesi 2011/2012


Pertandingan Kuiz Bermaklumat; Pelajar menengah atas


Cik Sanita Bulhani,  salah seorang guru PSS memantau gerak kerja 
Jawatankuasa Pelaksana (Pengawas PSS)

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelajar.