Wednesday 29 February 2012

Pameran Bertema - Unit Bimbingan dan Kaunseling

Bermula Februari hingga Mac 2012, sudut pameran bertema PSS akan dimanfaatkan dengan pameran bahan-bahan ilmiah dan padat dengan informasi daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Kota Marudu II. Jangan ketinggalan untuk meluangkan masa meneliti dan mengkaji info yang menarik ini!

Sunday 12 February 2012

Orientasi PSS (Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2012)

Taklimat ringkas mengenai penggunaan Pusat Sumber Sekolah telah dilaksanakan pada 11 Januari yang lepas, dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota Marudu II. Penerangan tentang peraturan dan maklumat penting mengenai PSS telah disampaikan oleh Cik Charie Lenny Franklin, selaku guru/setiausaha PSS bertempat di Dewan Perdana. Para pelajar juga berpeluang mengunjungi PSS semasa program berjalan. Jutaan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling atas peluang yang diberikan.



Pelancaran Program NILAM 2012

Pada 16 Januari yang lepas, Majlis Pelancaran Program NILAM telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pengetua Sekolah, Tuan Hj. Marmoh Bin Kasman telah menyampaikan ucapan alu-aluan sekali gus merasmikan program NILAM peringkat sekolah bagi sesi 2012. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa NILAM sekolah, dan selamat membaca buat semua warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar SMK Kota Marudu II. 

"EXPLORE THE WORLD THROUGH READING"

Ucapan pembuka oleh Cik Zainoorosmalaily selaku Penyelaras Program NILAM Sekolah

Adik Andrea Mokundim selaku pengacara majlis


Ucapan perasmian pelancaran oleh Pengetua, Tuan Haji Marmoh Bin Kasman 




 Gimik Pelancaran Program NILAM SMK Kota Marudu 2012