Sunday 4 September 2011

Program Apresiasi Merdeka


Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Unit Pengurusan PSS dengan kerjasama pengawas PSS menjalankan beberapa aktiviti di bawah program Apresiasi Merdeka.
Antaranya aktiviti mencipta Kad Gergasi Merdeka, permainan silang kata dan sodoku, pertandingan Kuiz Bermaklumat dan seterusnya aktiviti kemuncak iaitu Mini Galeri Merdeka atau pameran kemerdekaan, yang akan dijalankan selama hampir seminggu dengan kerjasama Panitia Sejarah SMK Kota Marudu II.

Semoga usaha dan kerjasama semua pihak akan meningkatkan lagi penghayatan pelajar khususnya, mengenai perjalanan kemerdekaan di negara berdaulat ini. 

Berikut merupakan jadual pelaksanaan Program Apresiasi Merdeka sesi 2011